Setelah Ayu, iaitu peserta yang berasal dari Sabah merangkul RM 1 juta ringgit tahun lepas, siapa pula yang akan bakal mengikuti jejak penyanyi yang bernama Ayu. Untuk musim yang ketiga ini kita dapat melihat lebih ramai peserta yang suda bergelar artis. I am very sure you know them all. They are young and very popular. But what they still want to join OIAM 3? Well, as usual what i call a skema jawapan, "I nak kembangkan bakat yang ada dalam diri ini"...kalau bukan yang ini pasti saja ada jawapan yang membolahkan orang luar percaya kepada mereka. Saya tidak menafikan atau memburuk burukkan nama mereka, sememangnya mereka layak untuk memenangi dan menghadiri audition tersebut.
Tetapi, persoalannya apakah jawapan yang diberikan oleh mereka benar-benar boleh diterima akal. Cuba kita renungkan sejenak, sememangnya mereka suda diberi peluang untuk menghasilkan album, tetapi hasilnya? sungguh mengecewakan. Mungkin ada diantara mereka yang pernah menjadi bintang yang popular suatu masa dahulu tetapi tidak mampu untuk terus berdiri di persada seni. Mengapa? saya merasakan populariti yang semakin merundum dan juga mungkin para peminat yang suda naik muak dengan style yang dibawakan oleh artis tersebut. Atau mungkin juga artis tersebut mengalami masalah atitiude yang menyebabkan syarikat rakaman tidak lagi berminat untuk menghasilkan atau merakamkan album unutk mereka. Dalam kontekas ini, saya serahkan kepada anda sendiri untuk menjawabnya.
Untuk peserta yang baru saja mula melangkah ke persada tanah air negara, saya mengalu-alukan kedatangan anda. Apa yang saya lihat dalam rancangan realiti OIAM musim ketiga ini, para peserta yang bukannya artis mampu memberikan persembahan yang menarik seakan-akan mereka mempunyi pengalaman yang sangat luas jika dibandingkan dengan para peserta yang suda bergelar artis. Ingat, saya menulis artikel ini bukannya berat sebelah atau bersikap tidak adil, tetapi saya cuma tekankan penglibatan dan juga persembahan para peserta. Jika diikutkan, peserta yang bergelar sebagai artis seharusnya menghasilkan atau menunjukkan persembahan yang luar biasa. Walau bagaimanapun...biarlah kita akan melihat sendiri apakah yang akan bakal berlaku malam ini. Saya tidak berani untuk mengatakan siapa yang bakal memberikan persembahan yang menari kerana semuanya boleh berubah dalam sekelip mata apabila berada di depan kamera.
Menyebut soal tentang para peserta yang akan memulakan persembahan masing-masing sebentar saja lagi, saya menjangkakan untuk minggu pertama ini peserta yang bergelar sebagai artis pastinya suda bersedia dan pastinya tidak sabar untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Itu hanyalah ramalan awal saya. Para peserta yang lain pula pastinya agak gemuruh dan tidak senang duduk. Sejak dari petang tadi berduyun-duyun penonton yang datang ke plaza alam sentral. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri dan masing-masing dangan banner. Diata banner mereka terpampang nama para peserta kegemaran mereka. Sungguh menakjubkan dan mengagumkan.
Dalam selang 15 minit rancangan realiti yang paling mahal di malaysia akan berlangsung. Bagaimana dengan anda? adakah anda suda bersedia? saya suda bersedia sejak minggu lalu lagi. mari kita mulakan dan jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran anda.
Custom Search
Bermulanya OIAM 3 malam ini
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment